Skip to main content

NADI NEGARA BANGSA

Salam Keberkatan...

(Catatan Sempena Hari Guru)

Antara jasad melata...
Ada terselit raut insani
Terpilih untuk memiliki
Rasa cita bersandar tekad
Berjiwa utuh lagi besar
Berlandas aura tuntas
Berbakti dengan prinsip
Kerana mereka...
Pencongak leluhur bangsa

Walau ada onak...
Tetap ampuh mereka redah
Kira ada gelora di mata
Tiada ia tersimpul di hati
Jika ada sekilas sukar
Pasti tabah mereka amati
Dengan riak sentosa
Kerana mereka...
Pencetus tunas bangsa

Dengan harapan...
Teguh jatidiri kuat akarnya
Tinggi budi baik akalnya
Ampuh nilai mulia tingkahnya
Menjadi bekal untuk dikendong
Kepada anak-anak pewaris
Menerobos hari muka
Dengan kental dan yakin
Kerana mereka...
Pencatur wira bangsa

Kukuh menyubur...
Pembangunan nan ampuh
Kemajuan yang sempurna
Mendamba bahagia dan sejahtera
Atas nama tanah tercinta
Demi watan yang terbilang
Agar gemilang warnanya
Tetap kalis dimamah zaman
Kerana mereka...
Pelahir jiwa bangsa

Itulah susuk unggul
Tiada tandingan untuk diganti
Tiada taranya untuk dinilai
Kerana mereka satu-satunya
Guru....Nadi Negara Bangsa.

Titipan :
Hasron Nazri Hashim (Hasron NH)
Kajang, Selangor DE

Comments