Sinopsis Tiga Dekad Perjuangan PIT02/96:01061996-01062026
Luhur menjunjung amanah
Bersama keringat yang tumpah
Namun terpahat utuh di bahu
Mencari sebuah sinar
Walau belum pasti terang
Atau kelam sudahnya
Namun berbekal iltizam
Nan ampuh lagi membara
Sempurna jua amanah digalas
Namun terpahat utuh di bahu
Mencari sebuah sinar
Walau belum pasti terang
Atau kelam sudahnya
Namun berbekal iltizam
Nan ampuh lagi membara
Sempurna jua amanah digalas
Demi nusa dan bangsa
Saban detik memaksa
Menatap potret manusia
Sejuta rasa penuh rupa
Antagonis dan egois
Hipokrit dan individualis
Hingga ada waktunya
Beraja dek kejahatan
Bersendi dek kezaliman
Menggugat naluri keamanan
Hingga tiada erti kemanusiaan
Diperjalanan panjang ini
Yang cekal menyusun langkah
Yang istiqomah kukuh pasaknya
Namun...ada ketikanya
Yang jatuh tidak terus rebah
Yang tersungkur bingkas bangkit
Menerus sisa perjuangan
Dengan syukur walau sesekali
Mengharap simpati pada takdir
Hari-hari yang berlalu
Dengan bulatnya tekad
Langkah terus diatur
Berbekal seluas kemahuan
Berteman seberkas pengalaman
Gagahi cabaran berliku
Hanya kerana sekali melangkah
Akan terus melangkah
Tidak akan mundur walau seinci
Selagi masih ada qudrah
Cita harus disemat
Di dada yang masih menyala
Pada minda yang masih subur
Pada prinsip yang masih teguh
Merealiti makna sebuah perjuangan
Terus menapak selagi terdaya
Terus mara selagi bernyawa
Sehingga tiba masanya
Menanti...penghujung yang pasti.
Nukilan:
Hasron Nazri Hashim (HasronNH)
Saban detik memaksa
Menatap potret manusia
Sejuta rasa penuh rupa
Antagonis dan egois
Hipokrit dan individualis
Hingga ada waktunya
Beraja dek kejahatan
Bersendi dek kezaliman
Menggugat naluri keamanan
Hingga tiada erti kemanusiaan
Diperjalanan panjang ini
Yang cekal menyusun langkah
Yang istiqomah kukuh pasaknya
Namun...ada ketikanya
Yang jatuh tidak terus rebah
Yang tersungkur bingkas bangkit
Menerus sisa perjuangan
Dengan syukur walau sesekali
Mengharap simpati pada takdir
Hari-hari yang berlalu
Dengan bulatnya tekad
Langkah terus diatur
Berbekal seluas kemahuan
Berteman seberkas pengalaman
Gagahi cabaran berliku
Hanya kerana sekali melangkah
Akan terus melangkah
Tidak akan mundur walau seinci
Selagi masih ada qudrah
Cita harus disemat
Di dada yang masih menyala
Pada minda yang masih subur
Pada prinsip yang masih teguh
Merealiti makna sebuah perjuangan
Terus menapak selagi terdaya
Terus mara selagi bernyawa
Sehingga tiba masanya
Menanti...penghujung yang pasti.
Nukilan:
Hasron Nazri Hashim (HasronNH)

Comments
Post a Comment