Skip to main content

219 TAHUN LAMANYA

(Sempena Hari Polis Ke-219)

219 tahun lamanya
Mewarnai setiap jiwa-jiwa itu
Dengan sinau biru ketenangan
Mevariasi setiap wajah-wajah itu
Dengan sinar biru kesetiaan
Cita melindungi tanah keramat ini
Bersama warga watannya
Dari penyangak batas hukum
Mengauri makmur sejagat
Tanpa batas dan silu

219 tahun lamanya
Keringat mereka tumpah
Demi melihat tanah barokah ini
Amannya tidak tergoyah
Harmoninya tidak terganjak
Damainya tidak terlerai
Sejahteranya tidak terluput
Menjadi pewaris generasi penerus
Selagi ada nama mulia ini
Malaysia bumi berdaulat

219 tahun lamanya
Berbekal jujur dan amanah
Berpaksi ikhlas dan fatonah
Bersaksi budi dan bijaksana
Tetap utuh masih tuntas
Menggalas dan melunas
Kewajipan manusiawi dan ukhrawi
Walau ada cemuhan di hujungnya
Takkan mundur walau sederap
Kerana manusia kacau dan onar itu
Hanya satu dalam seribu
Dikurnia akal namun
Ada tercalit batilnya nafsu

219 tahun lamanya
Panji itu tetap dijunjung
Biar pun berabad lagi
Bersendi kata Bersedia Berkhidmat
Dikendong selagi nyawa bertahan
Kerana itu sumpah dan setia
Dari masyarakat mereka lahir
Kepada masyarakat mereka bertahta
Lantaran benar kalimah itu...
Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada.

Nukilan :
ACP Hasron Nazri Hashim
Bukit Aman, Kuala Lumpur

Comments