DETIK ITU DINANTI
(Coretan Untuk Pejuang GSF)
Atas nama keinsanan
Demi makna persaudaraan
Dan panji agama yang satu
Lantas lahirnya jiwa-jiwa kental
Wira dan serikandi seantero dunia
Dengan impian melaut
Menegak hak manusiawi
Mengangkat syiar keamanan
Di bumi ambia Palestina
Bila terbuka mata dan hati
Keberanian menjadi gila
Ketakutan terasa kosong
Kepayahan menjadi mudah
Samudera saujana rela diredah
Peluru ampuh sedia ditepis
Ancaman bukan lagi musuh
Namun menjadi teman sejati
Kerana Al-Waliyyu itu benar
Haluannya hanya satu
Demi melihat mujahid palestina
Tersenyum walau batinnya tangis
Terbelai walau zahirnya tragis
Terusap walau di wajah berparut duka
Terubat walau peritnya tidak terkata
Dicengkam zionis perosak hukum
Maha sombong dan angkuh
Berdekad lamanya
Ini mesej kedamaian
Walau jauh kabur dari nyata
Momokan sang pencipta
Order penakluk dunia
Demi tembolok tidak pernah usai
Menyanggah niat suci
Dengan bongkak dan pongah
Berbekal muncung-muncung senjata
Menggalang murninya sebuah visi
Namun...
Demi tembolok tidak pernah usai
Menyanggah niat suci
Dengan bongkak dan pongah
Berbekal muncung-muncung senjata
Menggalang murninya sebuah visi
Namun...
Janji tidak pernah mungkir
Harapan tidak akan terpadam
Tekad tidak akan terbatas
Semangat juang tidak akan lelah
Kerana...kisah cita tidak akan bertepi
Menjana misi masa muka
Harapan tidak akan terpadam
Tekad tidak akan terbatas
Semangat juang tidak akan lelah
Kerana...kisah cita tidak akan bertepi
Menjana misi masa muka
Merangsang strategi penerus
Hingga musuh akur jua
Dengan keramat Al-Wahhab
...detik itu dinanti.
Hingga musuh akur jua
Dengan keramat Al-Wahhab
...detik itu dinanti.
Nukilan :
Hasron Nazri Hashim
Comments
Post a Comment