![]() |
Salam Hari Malaysia 2025 |
TANAH INI DIRGAHAYU
Tanah ini ada riwayatnyaLahir dari pedihnya kisah perjuangan
Berbekal keringat pengorbanan
Mengundang peritnya rasa
Namun mekar dibajai darah pahlawan
Menetes dari luhur cinta kepada nusa
Langsung utuh berganti zaman
Setelah 446 tahun lamanya
Dijajah tangan-tangan antagonis
Tanah ini ada keramatnya
Kukuh tapak bina dan akarnya
Dari pemastautin tanpa ras
Bermukim bersama segala resam bangsa
Berdendang atas segala budaya
Berirama atas segala suara
Namun berpaksi di bawah satu cita
Berpadu di bawah satu rukun
Tanpa rasa curiga dan wasangka
Menjadi sumpah setia sekalian warga
Harum dan subur bau tanah ini
Dengan mahsul tanpa musim
Tangkas melangkah tanpa menoleh
Ke belakang walau cuma sedetik
Tetap menapak dengan perkasa
Agar tanah ini selamanya
Dilimpahi bunga-bunga bahagia
Dinaungi rumpun-rumpun sejahtera
Mekar dibajai generasi silih berganti
Tanah ini ada tradisinya
Dipertahan dengan roh dan patriotis
Ditatang dengan jiwa dan idealis
Dibelai dengan akal dan fikir
Kental menangkis sifat musuh durjana
Kejap menentang petualang watan
Perosak aman dan sentosa
Kerana tradisi ini harus kekal
Demi gemilangnya pewaris bangsa
Desawarsa demi desawarsa
Tanah ini...Malaysia
Namanya masyhur seantero jagat
Tanah ini...Malaysia
Rakyatnya dipayungi rahmatNya
Tanah ini...Malaysia
Dirgahayu selamanya.
Nukilan :
Hasron Nazri Hashim, Kajang, Selangor DE. 16 Sept - Jubli Emas (1975-2025)
Dipertahan dengan roh dan patriotis
Ditatang dengan jiwa dan idealis
Dibelai dengan akal dan fikir
Kental menangkis sifat musuh durjana
Kejap menentang petualang watan
Perosak aman dan sentosa
Kerana tradisi ini harus kekal
Demi gemilangnya pewaris bangsa
Desawarsa demi desawarsa
Tanah ini...Malaysia
Namanya masyhur seantero jagat
Tanah ini...Malaysia
Rakyatnya dipayungi rahmatNya
Tanah ini...Malaysia
Dirgahayu selamanya.
Nukilan :
Hasron Nazri Hashim, Kajang, Selangor DE. 16 Sept - Jubli Emas (1975-2025)
Comments
Post a Comment