(Menghayati Sebuah Kemerdekaan)
Jika leluhur itu sudah tiada
Pewarisnya adalah kita
Ada misi besar perlu digalasBersandar azimat pusaka
Penyambung kekuatan kudrat
Perkukuh tunjang makrifat
Melakar suci wajah bangsanya
Agar takkan lenyap demi
Menyusuri ratus dekad lagi
Amanat leluhur bangsa
Citra mereka harus teguh
Tidak luntur walau pemulanya
Sudah bersemadi di alam kekal
Harus lebih utuh dari mereka
Kerana cabaran masa muka
Sangat payah berdepan onak
Tersasar langkah langsung
Memahat luka yang sangat pedih
Dalam dan panjang parutnya
Amanat lelulur bangsa
Nusa ini harus dipertahan
Usah tergadai walau sekelumit
Demi maruah tuannya
Perlu terbina dengan seribu
Upaya dan tetesan keringat
Untuk diwarisi generasi penerus
Penyambung tradisi bangsa
Andai sesekali ia terlepas
Selamanya tidak tergenggam lagi
Amanat leluhur bangsa
Bila mewarisi makna berjuang
Jika rebah harus lantas bangkit
Kerana bangkit itu kewajipan
Jika tersungkur terus bertarung
Kerana melawan itu pasti
Jangan mudah langkah diundur
Demi pertahan yang hakiki
Kerana hilangnya amat sukar
Dikembali walau bersaksi
Air mata dan merah darah
Tiap sejarah yang berlalu
Dan...setiap detik yang mendatang
Kitalah pembela...kitalah pejuang...
Kitalah patriot...kitalah adiwira...
Kitalah pembela...kitalah pejuang...
Kitalah patriot...kitalah adiwira...
Kitalah pewaris...
Seperti...pesan leluhur itu.
Coretan :
Hasron Nazri Hashim (HasronNH)
Seperti...pesan leluhur itu.
Coretan :
Hasron Nazri Hashim (HasronNH)

Comments
Post a Comment